|
1. Isikan dulang dengan substrak "Favorit Peatmoss Seedling"
2. Basahkan Substrak Seedling dengan air dan letakkan satu lagi lapisan Substrak Seedling di atas lapisan Substrak Seedling yang sudah basah.
3. Letakkan 1 biji benih dalam setiap lubang, di atas Substrak Seedling. Jangan tanamkan biji benih yang sangat kecil seperti Petunia, Begonia atau Snapdragon di dalam substrak. Sebaliknya, ianya perlu ditekan dengan ringan pada media.
|
|
|
4. Selepas biji benih telah disemai, tutup dulang itu dengan dulang lain. Memandangkan setiap dulang mempunyai lubang di bawah, penutupan dengan menggunakan dulang akan membolehkan pengaliran udara pada biji benih.
|
5. Satu lagi sebab penutupan menggunakan dulang adalah untuk memastikan kegelapan dan kelembapan tanah kerana kebanyakan biji benih bercambah dengan baik dalam keadaan gelap dan lembap. Dulang itu perlu ditutup selama 3 - 4 hari untuk kadar percambahan yang optimum. |
|
|
6. Kekalkan kelembapan tanah sehingga kemunculan radikel, kemudian kurangkan tahap kelembapan selepas radikel menembusi media. Elakkan anak benih menjadi layu. Selepas 3 - 4 hari bergantung kepada jenis biji benih, bukakan dulang penutup dan kemunculan radikel akan kelihatan. Mulakan penyemburan sedikit baja (sekitar 50-75 ppm Nitrogen) bergantung kepada jenis biji bunga.
|
|
7. Untuk jangka masa 3 - 4 minggu semasa pertumbuhan anak benih, gunakan semburan kabus yang halus untuk penyiraman supaya sekeliling anak benih itu tidak banjir. |
|
|
|
|
|
|
|
|